Objektif Persatuan antaranya seperti berikut:
Merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan memanah tradisional di kalangan ahli-ahli;
Mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan memanah tradisional di peringkat bahagian;
Memilih atlet bagi mewakili peringkat bahagian dalam mana-mana pertandingan sukan memanah tradisional dan;
Bergabung dengan badan perwakilan di peringkat Negeri Sarawak.
Mengalakan pembangunan sukan di peringkat akar umbi melalui penubuhan/ penerimaan ahli gabungan peringkat kelab.
Fungsi Persatuan antaranya seperti berikut:
Bertindak sebagai badan yang mengendali, mempromosi dan mengurus sukan memanah tradisional di peringkat Bahagian;
Mewujudkan dan memberi kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang sukan memanah tradisional di kalangan ahli-ahli;
Mengendali kursus dan latihan di kalangan ahli-ahli;
Menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan bagi sukan memanah tradisional di peringkat bahagian.
Menyelesaikan isu-isu dan konflik dalaman yang melibatkan ahli;
Mengekalkan hubungan baik dengan badan pengelola/ perwakilan dan persatuan-persatuan sukan atau agensi yang lain;
Memastikan prosedur pemilihan bagi mewakili Persatuan ke pertandingan-pertandingkan yang disertai adalah terbuka dan adil;
Memastikan bahawa setiap program dan aktiviti hendaklah berlandaskan perlembagaan ini dan peraturan-peraturan di bawahnya;
Memastikan perlembagaan dan peraturan Persatuan dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli;
Memastikan Kod Sukan Selamat dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua ahli; dan